PENGENALAN

Kolej Komuniti Bentong (KKBT) telah ditubuhkan pada Mac 2003 dan beroperasi di premis sementara di Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang.Pada Jun 2004, Kolej Komuniti Bentong telah berpindah ke kampus tetap yang terletak di Karak Setia, Karak, Pahang. Punubuhan Kolej Komuniti Bentong adalah betujuan untuk merealisasikan objektif penubuhan Kolej Komunti secara amnya dan seterusnya menyediakan perkhidmatan yang telah dikhususkan kepada masyarakat daerah Bentong.

Kolej Komuniti Bentong ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

Secara keseluruhannya, KKBT kini menawarkan empat program Sijil  iaitu Pengoperasian Perniagaan, Teknologi Maklumat, Teknologi Elektrik dan Teknologi Pembinaan. Selain itu kursus-kursus pendek dalam pelbagai bidang turut ditawarkan untuk seluruh warga komuniti Bentong khususnya dan warganegara Malaysia amnya.