SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM SIJIL PENGURUSAN PERNIAGAAN (SPP)
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
Lulusan selain SPM
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
ATAU
- Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
- Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
- PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
- Kompeten semua modul vokasional; dan
- Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251

